Saturday, 29 December 2012

Termenung.

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ini ada salam pula. Hehe. Dah tengah malam ni dan aku tak boleh nak lelapkan mata. Tak tahu lah kenapa. Masalah? Yup. Masalah yang buat aku tak boleh tidur. Tapi aku menaip ni bukan untuk ceritakan masalah aku. Actually, menaip atau menulis adalah satu terapi untuk menenangkan diri. Sebenarnya cara nak menenangkan diri bergantung pada diri masing - masing. Dan cara aku nak menenangkan diri aku adalah dengan menaip dan kadang - kadang dengan berjogging. Tapi siapa pula nak jogging malam - malam buta ni.
ITU GILO NAMONYO!!
Aku nak kongsi satu cerita benar dan tiada yang benar melainkan yang benar - benar belaka. Kisah nya tentang termenung. Korang tahu tak yang termenung merupakan salah satu cari untuk mengawal diri. Nak tahu kenapa?
Sebab ketika seorang manusia termenung, dia akan berada dalam keadaan yang sangat tenang atau dalam erti kata lain dia sedang bertafakur. Bukan bertapa berbulan - bulan.
Tapi korang tahu tak yang sikap termenung ini akan membawa kepada satu kesan negatif yang teramat la negatifnya. So dalam makna kata lain, termenung ini boleh menjadi penyakit.
Kenapa aku cakap macam tu?
Aku bagi korang satu ilustrasi.
Encik A ada masalah. Bila Encik A balik rumah dia termenung. Isteri Encik A iaitu Puan B tegur, "abang nak air? abang nak makan? abang nak urut? abang nk bla?bla?bla?". (Maklumlah perempuan, kuota perkataan banyak sikit).
Encik A diam sahaja. Sebab? Lihat penjelasan di atas. Termenung = Bertafakur.
So apa yang masalahnya?
MASALAH yang akan timbul adalah masalah komunikasi.
So kalau korang ada masalah, ELAK-ELAKKAN dari TERMENUNG. Kalau ada masalah berbincanglah dengan sesiapa yang sewajarnya dan selayaknya. Kerana bermusyawarah itu akan membawa kepada penyelesaian. Jangan diam, jangan simpan dan JANGAN TERMENUNG.

ps: Maaf kalau cerita tadi tidak ada kena mengena dengan akar perkongsian.