Assalamualikum w.b.t.
Salam malam jumaat.
Hari ini aku nak kongsikan sesuatu bersama korang. Masa aku di office petang tadi, sedang asyik aku menghadap laptop kerana membuat kerja yang tak pernah berkesudahan, tiba - tiba pandangan mata aku jadi kabur. Aku mula la menggelabah. Ingatkan apa la. Tapi selepas beberapa minit, mata aku semakin jelas. AlhamdulIllah.
Korang nak tahu macam mana rasanya. Owk. Kalau korang ada DSLR, cuba korang try mode manual focus, cuba korang kaburkan fokus lensa DSLR. Macam tu la aku rasa.
Owk. Tu mukadimah je. Aku nak kongsi macam mana kita nak rehatkan mata. Selain guna eyemor(entah betul ke tak ejaannye) dan tidur.
Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak tiga kali.
Untuk menguatkan mata:
Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan. Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.
Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:1. Pandang terus ke depan.
2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.
3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.
4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.
5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).
6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.
7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.
8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.
9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.
Ketahui selanjutnya di: http://anuarpqs.blogspot.com