Sunday, 30 December 2012

Politik.

Assalammualaikum w.b.t. Entri kali ini agak serius dan boleh menimbulkan ketegangan. Sebelum aku tulis apa-apa, apa sahaja pandangan dan pendapat, ilustrasi - ilustrasi adalah tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Entri ini agak bosan. So aku tak kisah korang nak baca atau nak komen apa - apa sebab ini hanya pendapat aku.

Panjang pulak mukadimah. Hehe.

Apa yang aku nak cakap pasal politik? Sebenarnya tak ada apa sangat. Cuma aku sedih dan bercampur marah sebab politik ini dah boleh buat orang Melayu berpecah. Main point pasal topik ini adalah tentang FAHAMAN DAN KEPERCAYAAN SESEORANG TERHADAP SATU - SATU PARTI POLITIK. Kalau aku tengak facebook atau mana - mana media lain - termasuk blog - semua akan menghentam apa sahaja parti politik yang bertentangan dengan fahaman diorang. Ilustrasinya macam ni:

"Blogger A merupakan penyokong kuat parti politik XYZ. Parti pembangkang adalah parti ABC. So blogger A akan tulis semua yang buruk - buruk pasal parti politik ABC. Walau ada perkara baik yang dilakukan parti ABC, blogger A akan nampak yang buruk je. Sebab? Sebab blogger A hanya percaya parti XYZ. Untuk menjatuhkan ABC, XYZ akan mengeluarkan propaganda. Blogger A percaya dan post dalam blog."
Tak salah nak percaya parti politik yang korang ikut. Tapi, nasihat aku, jangan terlalu percaya. Korang ada akal, korang ada fikiran, korang ada ilmu dan korang ada kebolehan dan emampuan untuk mendapatkan kebenaran. So sebelum korang percaya bulat - bulat apa parti politik korang buat atau cakap, tolonglah selidik dahulu. JANGAN PERCAYA SECARA MENGKHINZIR BUTA SAJA.

Kalau tak silap aku, Imam Bukhari r.a. pernah meriwayatkan tentang kepimpinan masa depan sesebuah negara, "Pemuda hari ini adalah pencorak masa depan sesebuah negara". Aku rasa aku dalam lingkungan remaja lagi, so aku rasa bertanggunjawab untuk bincangkan hal ini. Kalau dari remaja belia kita dah berpecah, macam mana kita memimpin di masa depan. Macam mana masa depan cucu cicit kita.

Renung - renungkan.
Selamat malam.