Sunday, 13 January 2013

Sabar.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Entri kali ini aku nak cakap pasal salah satu sifat yang perlu ada pada setiap manusia iaitu SABAR.

Menurut encik wikipedia, sabar bermaksud:

Ketahanan seseorang dalam menghadapi keadaan sukar antaranya gigih dalam menangani sesuatu selain bertindak tanpa kegusaran dan kemarahan serta sikap - sikap negatif yang lain.

Bukan aku nak bagitahu maksud sahaja. Aku nak kongsikan kisah berkaitan SABAR yang pernah terjadi dalam hidup aku. Tapi kisah ni ada sisi - sisi kisah cinta antara aku dan Miss S. So kalau yang meluat aku minta maaf awal - awal. Jangan marah.

Kisahnya bermula bila aku dan Miss S berjauhan. Aku sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan Miss S di UiTM Arau, Perlis. Jauh tu. Kitorang dapat jumpa 3 bulan sekali. Itu pun kalau aku cuti semester. Miss S akan turun Ipoh untuk jumpa aku.

Pada masa tu, aku memang gatal - gatal sikit. Pantang nampak perempuan dahi licin. Hehe. Tapi tak dapat pun la kan. Dan aku juga jenis yang panas baran pada masa tu. Benda kecik pun aku marah. Almaklumlah kurang matang lagi masa tu. Kesian Miss S.

Kemudian selepas beberapa tahun Miss S bagitahu aku yang pada masa tu (yang aku panas baran tu) yang dia dah tak tahan dan dia dah hampir nak putuskan hubungan dengan aku. Kemudian Miss S bagitahu lagi, 

"Masa tu S sembang dengan Fifa (kawan baik Miss S), S cerita semua pada Fifa. Pastu Fifa suruh S sabar je. Fifa cakap, kalau S sabar, mana tahu dengan kesabaran S tu, A takkan panas baran lagi. And ternyata apa yang Fifa cakap tu betul. A dah tak panas baran. Yay!!"

Comel je Miss S bila spontan je buat macam tu. Ala ala tomei.

So sampai sekarang la hubungan aku dan Miss S.

So moral of the story is kalau korang nak ubah perangai seseorang, salah satu cara yang dah dibuktikan berkesan adalah dengan BERSABAR.

Renung - renungkan.