Wednesday, 13 February 2013

Lady Boss Oh Boss Aku.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Arini aku nak cerita tentang boss aku. Namanya Cik XXXX (bukan nama sebenar) - kalau nama sebenar dikata mengumpat pula. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, aku menulis entri ini secara umum aka general.

Lady Boss atau dengan erti kata lain Boss Wanita atau seorang perempuan yang bergelar boss di sesebuah organisasi kecuali organisasi rumahtangga.

Dengar cerita, Lady Boss ni lebih sukar untuk kita hadapi berbanding boss lelaki. Ini kerana, berdasarkan sains dan kaji selidik yang pernah di lakukan, seorang wanita akan membuat keputusan dengan dipengaruhi sebahagian besarnya oleh emosi. Berbanding seseorang lelaki yang akan menggunakan rasionalnya dalam membuat keputusan.

Betul atau tidak? Itu aku tak tahu.

Tapi berdasarkan pengalaman aku, perkara ini memang betul. Pernah suatu hari, aku ke pejabat client dengan seorang senior wanita. Dalam perjalanan, senior wanita ini bergaduh dengan teman lelakinya melalui telefon bimbit. Dan sejak dari itu, sepanjang perjalanan senior tadi asyik moody. Berbanding dengan boss lelaki aku. Suatu hari di pejabat, boss bergaduh dengan isterinya melalui telefon bimbit. Macam mana aku tahu? Dah terpekik terlolong dalam bilik dia pe jadahnya. PA boss pon beritahu aku boss sedang menghadapi krisis dengan isterinya. Dalam selang masa 5 minit, aku dipanggil masuk ke bilik boss berkenaan kertas kerja yang sedang direview. Boss senyum. Tak bermoody pon. Pelik tapi benar.

Ini berdasarkan pengalaman aku. So salah atau betul itu terpulang kepada penilaian masing-masing.

p/s:
1. Ketika marah, mulutnya wanita terletak di hati.
2. Ketika marah, mulutnya lelaki terletak di akal.