Saturday, 19 January 2013

Pujian.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam hujung minggu.

Sungguh best hari ini bila ada orang puji aku. PERGH!!! Terover seronok pula. Yela, siapa yang tak suka dipuji. Hari ini ada seorang trainee di office aku yang puji tulisan aku. Berdasarkan ingatan aku yang tak berapa kuat ni, dia orang ke tiga yang puji tulisan aku sepanjang 24 tahun usia aku.

First.
Pada masa itu aku berusia 9 tahun, aku di masukkan ke kelas pertama dalam darjah tiga kerana prestasi cemerlang ketika di darjah dua. Aku lompat 3 kelas kot. Hebat kan? Haha. Pada masa tu, ada seorang ustazah ni yang suka tengok tulisan cantik.
So ustazah ni pun cakap,"kamu tulis nama kamu di muka surat hadapan buku kamu, nanti ustazah akan datang tengok, kalau cantik ustazah akan bagi hadiah."
Aku pun tulis la nama aku. Kemudian ustazah tadi pusing satu kelas untuk tengok tulisan semua murid. Kemudian ustazah tadi keluarkan hadiah yang berbalut dan diberikan pada aku. Aku pun macam tergamam sebab aku rasa tulisan aku biasa je. Tapi tak sangka di mata ustazah tu, tulisan aku yang paling cantik. Nak tahu aku dapat hadiah apa masa tu? JENG3. Aku dapat senaskah yasin. TERIMA KASIH USTAZAH. Hehe.

Second.
Kejadian ni berlaku lepas 9 tahun dari kejadian pertama. Maksudnya pada masa itu aku berusia 18 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor. Pada masa itu, dah nak cuti semester. Aku dan kawan - kawan pergi berjumpa Cikgu Aishah yang tengah sarat mengandung (kat matrik kitorang panggil cikgu lagi).
Sembang punya sembang pasal kepala aku yang baru dibotakkan pada masa tu, tiba - tiba Cikgu Aishah cakap, "nanti anak saya lahir, saya nak ajar dia tulis macam kamu. Bulat - bulat dan sebiji - sebiji, comel. Saya suka."
PERGH!! Tak sangka cikgu suka tulisan aku. Patut la suka bagi kerja menulis kat aku. Hehe.

Third.
Ni la kejadian yang jadi hari ini. Tengah kitorang bersembang sambil trainee - Saiful - tengok kertas kerja aku, tiba - tiba dia tegur,"weh, ni tulisan ko ke?"
Aku mengangguk je la.
"Cantik siot. Macam tulisan perempuan."
Haha. Macam - macam. Yang ni aku tak tahu perli ke apa. Tapi aku anggap ini sebagai satu pujian ikhlas. TERIMA KASIH ADIK TRAINEE.

Entri ini bukan nak membangga diri. Tapi hanyalah satu perkongsian kisah hidup aku.

p/s:
Jika anda dengar, anda akan lupa.
Jika anda dengar dan lihat, peluang untuk mengingati sesuatu lebih tinggi.
-Yang ni aku cipta sendiri-