Salam 1 Malaysia.
Aku selalu tengok post kat facebook yang berkaitan dengan perhubungan. Antara lelaki dan wanita. Tetapi kebanyakannya adalah dari pihak wanita. Aku tak cakap semua tapi KEBANYAKAN. Sebagai contoh:
- A real man never hurts a women.
- Wanita punyai naluri yang kuat.
- Tak lawa.
- Dan banyak lagi - korang boleh cari kat fb.
Aku tak cakap salah dan tak cakap yang benda ni semua betul. Terpulang pada judgement masing- masing. Tapi asyik perempuan je yang akan post supaya lelaki faham isi hati si perempuan. Tapi macam mana dengan hati si lelaki.
Semua point - point di bawah aku dapat dari facebook juga. Cuma aku translate sekadar yang aku mampu.
Kami seringkali mendengar - perlu/mesti/wajib mematuhi - peraturan yang ditetapkan oleh kaum wanita. Sekarang, di bawah adalah peraturan daripada kaum lelaki.
INI ADALAH PERATURAN KAMI.
Semua yang bertanda "1" adalah disengajakan.
- Kami tidak mampu membaca minda;
- Tangisan adalah satu ugutan;
- Dalam meminta apa yang anda mahu. Jelaskan pada kami dengan sejelas - jelasnya. TANPA PERLU MENGGUNAKAN PETUNJUK @ HINT;
- YA dan TIDAK adalah jawapan yang sangat - sangat diperlukan dalam komunikasi;
- Minta bantuan kami hanya apabila anda sangat memerlukan penyelesaian dan BUKAN ALTERNATIF PENYELESAIAN;
- Apa yang kami katakan selama lebih dari 6 bulan tidak boleh digunakan pakai - hanya pada hujah ketika perbalahan;
- Anda hanya boleh minta kami lakukan sesuatu ATAU beritahu kami bagaimana untuk menyelesaikannya. BUKAN KEDUA - DUANYA. Kami JIKA ANDA MAMPU SELESAIKANNYA, SILA SELESAIKAN SENDIRI;
- Jika kami bertanya "ada masalah ke?" dan jawapan anda "TIDAK". Maka kami akan berkelakuan seperti tiada apa - apa yang berlaku. Kami tahu anda berbohong, cuma kami tak mahu sakitkan kepala otak kami;
- Jangan tanya soalan yang anda sudah ada jawapan atau jawapan yang anda jangka, itu kemungkinan besar takkan berlaku;
- I am in shape. ROUND IS A SHAPE - tak mampu nak translate.
INI PERATURAN KAMI.
Peace.