Dalam masa beberapa minit lagi, insyaAllah kita akan berada di tahun 2013 Masihi. Pasti ramai yang akan menetapkan azam tahun baru. Dan semestinya azam - azam yang kita tentukan adalah yang baik - baik belaka. Aku pun tak terlepas untuk menetapkan azam tahun baru. Antaranya:
- Menguruskan badan sebanyak 15 kg;
- Menjalani cara hidup sihat;
- Berjimat untuk membeli kereta dan bertunang dengan kekasih pujaan hati;
- Menghadapi cabaran dan dugaan dengan hati yang tenang;
- 10% untuk abah;
- Beli jam tangan untuk abah pada hari jadi beliau;
- Bercuti di Universal Studio Singapore bersama rakan - rakan;
- Naik pangkat ke semi-senior.
InsyaAllah.
Kat sini aku nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita gunakan dalam menentuan azam tahun baru. Tidak semestinya azam tahun baru saja, matlamat jangka pendek pun boleh gunakan cara ini. Ini mungkin lebih kepada panduan.
S.M.A.R.T.
S = Specific
Dalam menentukan azam atau matlamat. Korang kena spesifik. Makna kata, korang kena tahu apa yang korang nak. Kalau dengan orang lain mungkin korang kena berkias bagai. Tapi ini azam untuk diri korang sendiri. So, be straight forward.
Contoh : Azam aku nak kurangkan berat badan tak cukup spesifik. Cuba jadi lebih spesifik. Aku nak kurangkan berat badan sebanyak seratus kilo. Ini hanya contoh ok!
M = Measurable
Boleh ukur. Apa yang korang nak, korang kena tahu cara untuk menilai atau evaluate perkembangan ke arah matlamat dan azam yang korang nak capai.
Contoh : Menjelang Ogos 2013, aku dah ada RM6,000 dalam bank untuk at least beli jam tangan abah atau buat deposit beli kereta atau kos rombongan meminang kekasih pujaan hati.
A = Achievable/Attainable
Boleh capai. Pastikan apa yang korang azamkan adalah perkara yang korang boleh capai.
Contoh : Korang tidak bekerja. Kemudian korang target untuk beli kereta BMW. Memang sampai tahun depan pon tak tercapai.
R = Realistic
Realistik. Apa saja yang korang set, korang berfikir secara realistik. Makna kata berpijak di bumi yang nyata. Apa yang korang nak sepatutnya berlandaskan cara hidup, keperluan dan kemampuan korang.
Contoh : Bercuti di USS. Aku rasa aku boleh bajet dalam RM500 untuk ke USS sebab aku mampu dan nak memenuhi keperluan minda yang asyik pincang dek kerja yang berlambak di office.
T = Time frame
Rangka masa. Korang kena ada rangka masa terhadap apa yang korang nak. Jangan set sahaja tapi korang tak kisah pon bila matlamat korang akan tercapai.
Contoh : Aku nak masuk meminang kekasih pujaan hati antara bulan September sampai November. And by the time aku dah ada kereta dan sedikit wang.
Itu sahaja perkongsian dari aku.
Kalau ada tersalah silap aku minta maaf. Ini hanya berdasarkan pembelajaran aku semasa di tingkatan 4. Hehe.
Selamat tahun baru 2013.