Salam 1 Malaysia.
On the way balik dari dating dengan awek aku. Dalam LRT. Aku buka la FB kat handphone canggih teramat sangat aku ni. Kemuadian aku terbaca post seorang kawan sekolah rendah aku.
"Alhamdulillah dah tiga tahun tak naik bas, nasib baik dah ada AHS @#$%"
Lebih kurang begitu la sambil diletaknya gambar bas Parit Enterprise (bas kat Ipoh - belum ada rapid lagi)
Kemudian dalam hati aku berkata-kata. Lebih baik naik public transport daripada drive sendiri. Kebanyakan orang tidak memilih pengangkutan awam sebagai alternatif utama kerana beberapa faktor. Antaranya faktor utama adalah :
- Kesesakan aka kepadatan dalam bas/LRT/komuter yang mengalahkan ikan sardin dalam tin sardin.
- Ketidak konsistensi pada tahap kekerapan bas. Maksudnya, bas selalu lambat. Tulis pada board auto lagi 14 minit, tapi tunggu 30 minit pon tak sampai lagi.
Itu antara faktor utama selain beribu lagi faktor yang aku pasti korang boleh fikirkan sendiri.
Tapi kat sini, aku bukan nak cakap pasal keburukan pengangkutan awam, sebaliknya tentang kebaikan. Kebaikan pengangkutan awam ini pon banyak. Tapi yang aku pasti tak semua orang fikir apa yang aku fikir. Pada aku, melalui pengangkutan awam ini adalah salah satu medium penyatuan.
Ok. Macam ni. Melayu, Cina, India, dan lain-lain akan menggunakan bas/LRT/komuter yang sama. Macam dengan penyatuan yang aku cakap. Contoh, kalau korang naik LRT dari KL Sentral ke mana-mana destinasi. Ada kemungkinan besar korang akan beratur sebelum naik (situasi beratur ini aku selalu nampak di KL Sentral je la). Di sini kita boleh nampak tahap disiplin kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Ok. Kemudian kita masuk ke dalam pengangkutan awam. Kebiasaannya kita akan berikan tempat duduk pada orang yang lebih memerlukan tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Ini aku klasifikasikan sebagai semangat 1 Malaysia.
Ok. Bila dah duduk. Kebiasaannya yang tua akan memulakan perbualan dengan orang sebelah (orang muda berat mulut sikit. Ye lah, dalam mulut ada berlian). Yang ini aku klasifikasikan sebagai medium untuk kita meningkatkan kebolehan kita berkomunikasi, keyakinan kita untuk berkomunikasi, menambah pengetahuan (terutama tentang sejarah kalau sembang dengan pakcik makcik) dan lain-lain.
Ok. Itu sahaja yang aku boleh fikir setakat ini. Yang lain aku harap korang boleh fikirkan.
Think positive, be positive.
Selamat malam.