Assalammualikum w.b.t..
Perkongsian tentang bahasa dan terutama sekali adalah bahasa ibunda kita iaitu BAHASA MELAYU.
Masa waktu rehat tengahari tadi, aku, Ila dan Ida pergi makan tengahari di sebuah restoran di KL. Sesampai kitorang kat situ, banyak ibu bapa dan anak - anak makan bersama. Comel - comel budak - budak ni. Dan NAKAL.!! BUAS!!
Pastu entah macam mana boleh terdetik hati Ida na cerita pasal gelagat budak - budak remaja zaman sekarang. Walaupun dia remaja dan sama juga aku dan Ila.
"Mak aku cerita, budak - budak zaman sekarang, bahasa teruk. Mak aku cakap kalau budak - budak sekolah yang guna telefon bimbit, ujian Bahasa Melayu - karangan/penulisan - FAIL!!", kata Ida dalam bahasa pasar kemudian di terjemah dalam bahasa baku oleh AKU. "Kalau tulis 'yang' jadi 'yg' je. Macam - macam lagi la", tambah Ida.
"Yela, adik aku yang tingkatan 2 kalau dia mesej aku, sepatah haram aku tak faham", celah Ila.
Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita siapa lagi. Mengikut firasat aku, kebanyakkan blogger adalah dalam lingkungan usia 15 - 25 tahun. Jadi, kebanyakkan antara korang berpangkat adik - adik.
Jadi adik - adik, apa kata korang gunakan medium ni untuk meningkatkan keupayaan bahasa korang, terutama bahasa melayu. Kurangkan perkataan - perkataan 'short form'.
Cintai bahasa, cintai bangsa, cintai agama, cintai negara.
Pesanan khidmat masyarakat dari Admin kacak.
No comments:
Post a Comment