Assalammualaikumw.b.t..
Salam 1 Malaysia.
Topik kali ini tentang TEMUDUGA ataupun INTERVIEW.
Korang semua pun tahu kan kalau kita nak dapatkan sesuatu terutamanya dalam aspek pekerjaan, kita perlu di temuduga terlebih dahulu. Bukan setakat kerja sahaja, malahan adik - adik yang nak dapatkan pembiayaan pelajaran aka biasiswa pun perlu ditemuduga. Temuduga biasanya dilakukan untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan diri dan personaliti calon yang ditemuduga. Mungkin dalam tempoh 10 - 45 minit, bermacam - macam soalan akan diajukan kepada calon yang ditemuduga. Ini termasuk aspek pengetahuan am, teknikal iaitu pelajaran dan lain - lain.
OK.
Cerita kat sini, aku dapat tawaran untuk ditemuduga di sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Kuala Lumpur. Syarikat itu memang besar dan sangat stabil bagi yang mahukan perjalanan karier yang baik di masa hadapan. Bila aku dapat tawaran, aku pun cuba google berkaitan syarikat itu dan soalan yang sering di tanya dalam sesi temuduga.
"Diorang kadang - kadang bukan nak bagi pun jawatan tu, kadang - kadang si penemuduga saja nak isi masa terluang dengan memanggil calon ditemuduga. Bila jumpa, mereka akan cuba down kan calon itu."
Itu jawapan yang paling banyak aku jumpa.
Aku pun cuba tanya kawan aku yang pernah ditemuduga di syarikat tadi. Jawapan yang sama.
Sebelum pergi lagi aku dah down, macam mana aku nak tunjukkan semangat untuk dapatkan pekerjaan itu pada si penemuduga. Dah la muka aku memang jenis muka kesian, bila dah down ni bertambah kekesianan muka aku.
So. Apa aku buat?
Aku dah buat keputusan. Aku akan tetap pergi ke syarikat itu untuk ditemuduga.
Kenapa?
Sebab bila aku fikir balik, aku mungkin 99% tak akan dapat jawatan itu, tapi apa yang aku akan dapat adalah pengalaman. Pengalaman lebih penting. Biarpun aku tak dapat jawatan itu, pengalaman semasa temuduga itu akan mematangkan aku pada masa hadapan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment