Wednesday, 24 April 2013

Kita Yang Ke-10.

No comments:
Penyakit M.
Untuk M.A.L.A.S.
Renung - renungkan.


Friday, 19 April 2013

Apa Yang Lelaki Fikir Dalam Perhubungan.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam 1 Malaysia.

Aku selalu tengok post kat facebook yang berkaitan dengan perhubungan. Antara lelaki dan wanita. Tetapi kebanyakannya adalah dari pihak wanita. Aku tak cakap semua tapi KEBANYAKAN. Sebagai contoh:

Aku tak cakap salah dan tak cakap yang benda ni semua betul. Terpulang pada judgement masing- masing. Tapi asyik perempuan je yang akan post supaya lelaki faham isi hati si perempuan. Tapi macam mana dengan hati si lelaki.

Semua point - point di bawah aku dapat dari facebook juga. Cuma aku translate sekadar yang aku mampu.

Kami seringkali mendengar - perlu/mesti/wajib mematuhi - peraturan yang ditetapkan oleh kaum wanita. Sekarang, di bawah adalah peraturan daripada kaum lelaki.

INI ADALAH PERATURAN KAMI.

Semua yang bertanda "1" adalah disengajakan.
  1. Kami tidak mampu membaca minda;
  2. Tangisan adalah satu ugutan;
  3. Dalam meminta apa yang anda mahu. Jelaskan pada kami dengan sejelas - jelasnya. TANPA PERLU MENGGUNAKAN PETUNJUK @ HINT;
  4. YA dan TIDAK adalah jawapan yang sangat - sangat diperlukan dalam komunikasi;
  5. Minta bantuan kami hanya apabila anda sangat memerlukan penyelesaian dan BUKAN ALTERNATIF PENYELESAIAN;
  6. Apa yang kami katakan selama lebih dari 6 bulan tidak boleh digunakan pakai - hanya pada hujah ketika perbalahan;
  7. Anda hanya boleh minta kami lakukan sesuatu ATAU beritahu kami bagaimana untuk menyelesaikannya. BUKAN KEDUA - DUANYA. Kami JIKA ANDA MAMPU SELESAIKANNYA, SILA SELESAIKAN SENDIRI;
  8. Jika kami bertanya "ada masalah ke?" dan jawapan anda "TIDAK". Maka kami akan berkelakuan seperti tiada apa - apa yang berlaku. Kami tahu anda berbohong, cuma kami tak mahu sakitkan kepala otak kami;
  9. Jangan tanya soalan yang anda sudah ada jawapan atau jawapan yang anda jangka, itu kemungkinan besar takkan berlaku;
  10. I am in shape. ROUND IS A SHAPE - tak mampu nak translate.
INI PERATURAN KAMI.
Peace.



Friday, 12 April 2013

Kita Ini Orang Berpelajaran.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam 1 Malaysia,
Salam pilihan raya.

Makin dekat dengan PRU13 ni, makin rancak post - post kat facebook. Pertahankan parti dan fahaman masing - masing. Kutuk - mengutuk parti lawan. Macam - macam.

KITA NI ORANG BERPELAJARAN.

Jadi kalau kita nak post apa - apa, berfikir dulu. Jangan membabi buta saja. Jangan percaya membabi buta. Aku tak sokong kerajaan dan aku tak sokong pembangkang. Post la macam orang berpelajaran.

SEBAB?

Undi itu rahsia. Tak perlu kot nak canang merata - rata korang fahaman apa.



Wednesday, 10 April 2013

Malaysia Ku.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam 1 Malaysia.

Malaysia Ku.

Sebenarnya aku nak cerita tentang perangai rakyat Malaysia. Korang sedia maklum yang rakyat Malaysia ni banyak perangai yang buruk - buruk. Tapi semuanya buruk ke. Entri kali ni aku nak cakap pasal BERATUR.

Jepun.

Korang ingat lagi tak masa tsunami di Jepun, akhbar Malaysia sendiri yang tunjukkan perangai elok orang Jepun ni yang boleh beratur dengan baik walaupun dalam situasi macam tu. Malah di blog - blog tulis yang kita rakyat Malaysia patut mencontohi akhlak rakyat Jepun.

Tapi.

Yang sebenarnya. Hakikatnya. Kita sama macam rakyat Jepun. Kita pun ada tertib. Kita pun beratur. Walaupun tak semua beratur. Tapi sekurang - kurangnya kita ada perangai elok tu.

Pada aku.

Mungkin si penulis blog - blog dan akhbar akhbar harian tak berpandangan jauh. Dengan erti kata lain, kurang merantau. Bukan luar negara tapi dalam negara. Aku tak la cakap aku ni merantau sangat dalam negara, tapi bila aku merantau, aku akan amati perangai, kerenah masyarakat di situ.

Contoh.

Orang cakap rakyat Malaysia tak tahu beratur.
Aku pernah ke Seremban. Dalam pukul 7.30 pagi di stesen bas Seremban, punya panjang orang beratur nak naik bas. Ini ke maksud diorang rakyat Malaysia ni teruk.
Aku kerja di Kelana Jaya. Jadi setiap hari aku akan naik LRT di KL Sentral. Setiap pagi, aku tak pernah nampak orang - orang yang nak pergi kerja ni tak beratur, semua beratur dengan tertib dan yang penting tak memotong barisan.

Kesimpulan.

Apa yang kita cakap, apa yang kita dengar, apa yang kita lihat. Itulah yang kita akan jadi. Jadi, jangan terlalu berfikiran negatif terutama kepada sesama kita rakyat Malaysia. Be positive.

MALAYSIA BOLEH.

p/s: even ada kedai nasi kandar beratur lagi kat Malaysia. Negara lain ada??




Monday, 8 April 2013

Temuduga aka Interview.

No comments:
Assalammualaikumw.b.t..

Salam 1 Malaysia.

Topik kali ini tentang TEMUDUGA ataupun INTERVIEW.

Korang semua pun tahu kan kalau kita nak dapatkan sesuatu terutamanya dalam aspek pekerjaan, kita perlu di temuduga terlebih dahulu. Bukan setakat kerja sahaja, malahan adik - adik yang nak dapatkan pembiayaan pelajaran aka biasiswa pun perlu ditemuduga. Temuduga biasanya dilakukan untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan diri dan personaliti calon yang ditemuduga. Mungkin dalam tempoh 10 - 45 minit, bermacam - macam soalan akan diajukan kepada calon yang ditemuduga. Ini termasuk aspek pengetahuan am, teknikal iaitu pelajaran dan lain - lain.

OK.

Cerita kat sini, aku dapat tawaran untuk ditemuduga di sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Kuala Lumpur. Syarikat itu memang besar dan sangat stabil bagi yang mahukan perjalanan karier yang baik di masa hadapan. Bila aku dapat tawaran, aku pun cuba google berkaitan syarikat itu dan soalan yang sering di tanya dalam sesi temuduga.

"Diorang kadang - kadang bukan nak bagi pun jawatan tu, kadang - kadang si penemuduga saja nak isi masa terluang dengan memanggil calon ditemuduga. Bila jumpa, mereka akan cuba down kan calon itu."

Itu jawapan yang paling banyak aku jumpa.

Aku pun cuba tanya kawan aku yang pernah ditemuduga di syarikat tadi. Jawapan yang sama.

Sebelum pergi lagi aku dah down, macam mana aku nak tunjukkan semangat untuk dapatkan pekerjaan itu pada si penemuduga. Dah la muka aku memang jenis muka kesian, bila dah down ni bertambah kekesianan muka aku.

So. Apa aku buat?

Aku dah buat keputusan. Aku akan tetap pergi ke syarikat itu untuk ditemuduga.

Kenapa?

Sebab bila aku fikir balik, aku mungkin 99% tak akan dapat jawatan itu, tapi apa yang aku akan dapat adalah pengalaman. Pengalaman lebih penting. Biarpun aku tak dapat jawatan itu, pengalaman semasa temuduga itu akan mematangkan aku pada masa hadapan.

Sekian.


Wednesday, 3 April 2013

The Unexpressed Love.

No comments:


"The most painful love is the UNEXPRESSED love because
it will never fade away."