Saturday, 19 January 2013

Pujian.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam hujung minggu.

Sungguh best hari ini bila ada orang puji aku. PERGH!!! Terover seronok pula. Yela, siapa yang tak suka dipuji. Hari ini ada seorang trainee di office aku yang puji tulisan aku. Berdasarkan ingatan aku yang tak berapa kuat ni, dia orang ke tiga yang puji tulisan aku sepanjang 24 tahun usia aku.

First.
Pada masa itu aku berusia 9 tahun, aku di masukkan ke kelas pertama dalam darjah tiga kerana prestasi cemerlang ketika di darjah dua. Aku lompat 3 kelas kot. Hebat kan? Haha. Pada masa tu, ada seorang ustazah ni yang suka tengok tulisan cantik.
So ustazah ni pun cakap,"kamu tulis nama kamu di muka surat hadapan buku kamu, nanti ustazah akan datang tengok, kalau cantik ustazah akan bagi hadiah."
Aku pun tulis la nama aku. Kemudian ustazah tadi pusing satu kelas untuk tengok tulisan semua murid. Kemudian ustazah tadi keluarkan hadiah yang berbalut dan diberikan pada aku. Aku pun macam tergamam sebab aku rasa tulisan aku biasa je. Tapi tak sangka di mata ustazah tu, tulisan aku yang paling cantik. Nak tahu aku dapat hadiah apa masa tu? JENG3. Aku dapat senaskah yasin. TERIMA KASIH USTAZAH. Hehe.

Second.
Kejadian ni berlaku lepas 9 tahun dari kejadian pertama. Maksudnya pada masa itu aku berusia 18 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor. Pada masa itu, dah nak cuti semester. Aku dan kawan - kawan pergi berjumpa Cikgu Aishah yang tengah sarat mengandung (kat matrik kitorang panggil cikgu lagi).
Sembang punya sembang pasal kepala aku yang baru dibotakkan pada masa tu, tiba - tiba Cikgu Aishah cakap, "nanti anak saya lahir, saya nak ajar dia tulis macam kamu. Bulat - bulat dan sebiji - sebiji, comel. Saya suka."
PERGH!! Tak sangka cikgu suka tulisan aku. Patut la suka bagi kerja menulis kat aku. Hehe.

Third.
Ni la kejadian yang jadi hari ini. Tengah kitorang bersembang sambil trainee - Saiful - tengok kertas kerja aku, tiba - tiba dia tegur,"weh, ni tulisan ko ke?"
Aku mengangguk je la.
"Cantik siot. Macam tulisan perempuan."
Haha. Macam - macam. Yang ni aku tak tahu perli ke apa. Tapi aku anggap ini sebagai satu pujian ikhlas. TERIMA KASIH ADIK TRAINEE.

Entri ini bukan nak membangga diri. Tapi hanyalah satu perkongsian kisah hidup aku.

p/s:
Jika anda dengar, anda akan lupa.
Jika anda dengar dan lihat, peluang untuk mengingati sesuatu lebih tinggi.
-Yang ni aku cipta sendiri-






Thursday, 17 January 2013

Mata OH Penatnya.

No comments:
Assalamualikum w.b.t.

Salam malam jumaat. 

Hari ini aku nak kongsikan sesuatu bersama korang. Masa aku di office petang tadi, sedang asyik aku menghadap laptop kerana membuat kerja yang tak pernah berkesudahan, tiba - tiba pandangan mata aku jadi kabur. Aku mula la menggelabah. Ingatkan apa la. Tapi selepas beberapa minit, mata aku semakin jelas. AlhamdulIllah.

Korang nak tahu macam mana rasanya. Owk. Kalau korang ada DSLR, cuba korang try mode manual focus, cuba korang kaburkan fokus lensa DSLR. Macam tu la aku rasa.

Owk. Tu mukadimah je. Aku nak kongsi macam mana kita nak rehatkan mata. Selain guna eyemor(entah betul ke tak ejaannye) dan tidur.


Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak tiga kali.

Untuk menguatkan mata
Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan. Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:1. Pandang terus ke depan.
2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.
3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.
4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.
5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).
6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.
7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.
8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.
9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.


Ketahui selanjutnya di: http://anuarpqs.blogspot.com


Sunday, 13 January 2013

Sabar.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Entri kali ini aku nak cakap pasal salah satu sifat yang perlu ada pada setiap manusia iaitu SABAR.

Menurut encik wikipedia, sabar bermaksud:

Ketahanan seseorang dalam menghadapi keadaan sukar antaranya gigih dalam menangani sesuatu selain bertindak tanpa kegusaran dan kemarahan serta sikap - sikap negatif yang lain.

Bukan aku nak bagitahu maksud sahaja. Aku nak kongsikan kisah berkaitan SABAR yang pernah terjadi dalam hidup aku. Tapi kisah ni ada sisi - sisi kisah cinta antara aku dan Miss S. So kalau yang meluat aku minta maaf awal - awal. Jangan marah.

Kisahnya bermula bila aku dan Miss S berjauhan. Aku sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan Miss S di UiTM Arau, Perlis. Jauh tu. Kitorang dapat jumpa 3 bulan sekali. Itu pun kalau aku cuti semester. Miss S akan turun Ipoh untuk jumpa aku.

Pada masa tu, aku memang gatal - gatal sikit. Pantang nampak perempuan dahi licin. Hehe. Tapi tak dapat pun la kan. Dan aku juga jenis yang panas baran pada masa tu. Benda kecik pun aku marah. Almaklumlah kurang matang lagi masa tu. Kesian Miss S.

Kemudian selepas beberapa tahun Miss S bagitahu aku yang pada masa tu (yang aku panas baran tu) yang dia dah tak tahan dan dia dah hampir nak putuskan hubungan dengan aku. Kemudian Miss S bagitahu lagi, 

"Masa tu S sembang dengan Fifa (kawan baik Miss S), S cerita semua pada Fifa. Pastu Fifa suruh S sabar je. Fifa cakap, kalau S sabar, mana tahu dengan kesabaran S tu, A takkan panas baran lagi. And ternyata apa yang Fifa cakap tu betul. A dah tak panas baran. Yay!!"

Comel je Miss S bila spontan je buat macam tu. Ala ala tomei.

So sampai sekarang la hubungan aku dan Miss S.

So moral of the story is kalau korang nak ubah perangai seseorang, salah satu cara yang dah dibuktikan berkesan adalah dengan BERSABAR.

Renung - renungkan.



Friday, 4 January 2013

Boikot.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t.

Akhirnya ada juga manusia di Malaysia yang bersependapat dengan aku dalam hal ehwal boikot memboikot ni. Lagi sekali, ini hanya sekadar pandangan aku. Korang boleh nilai dan faham dan kalau nak komen silakan. But please mind your languange.

Ok. Sebelum ni kita dah tengok macam - macam post kat fb yang menajak kita untuk memboikot barangan Israel/Yahudi/Zionis yang menindas saudara Islam kita di Palestin dan Semenanjung Gaza.


TAK SALAH.

Lagi sekali aku nyatakan, TAK SALAH kita nak boikot barangan israel/yahudi/zionis ni. Tapi cuba kita fikir secara rasional. Apa yang israel/yahudi/zionis nak sebenarnya?? Korang tahu tak sekitar tahun 1940 - an atau 1960 - an, masyarakat yahudi telah pun mengeluarkan memorandum iaitu Protokol Zionis untuk mendominasi dunia. Dan pernah tak korang fikir yang israel/yahudi/zionis sebenarnya mahu kita boikot barangan diorang selepas diorang mendominasi pasaran kita?.

Pernah tak korang fikir?

Ok. Pada pendapat aku, israel/yahudi/zionis tidak akan terkesan dek boikot yang kita lakukan. Sebab diorang sudah pun mendominasi pasaran. Katakan boikot kita berjaya, 1 sumber kewangan diorang tertutup. Tapi masih ada beribu - ribu sumber kewangan diorang. Diorang takkan terkesan.

Apa pula kesan pada negara kita?
  1. Kemungkinan ekonomi akan meleset;
  2. Ramai orang hilang punca pendapatan;
  3. Lain - lain. - Masalah gejala sosial bila banyak yang menganggur.
So, apa yang kita boleh buat?

KITA BOIKOT!!

Tapi sebelum kita boikot, pastikan kita ada pengganti kepada apa yang kita boikot - apa yang kita mahu musnahkan. 

Contoh:
Kita boikot mcd. Mcd tutup. Korang boleh bayangkan berapa ramai yang akan hilang pekerjaan.
Penyelesaian: Kita buka 1 bentuk perniagaan yang menyerupai mcd. Ambil pekerja mcd hilang pekerjaan kerana boikot untuk bekerja di perniagaan tersebut.

INI BARU BOIKOT YANG SEBENAR. INI BARU BERJAYA.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak tulis - persepektif dan pandangan. Tapi aku nak biar korang fikir. Kerana Melayu sering di label sebagai pemikir yang malas. So, fikir - fikirkan.

ps: Sekali lagi, ini hanya cuma pandangan aku, manusia yang serba kekurangan.





Thursday, 3 January 2013

Bosan.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t.

Bosan bererti suatu keadaan atau situasi di mana seseorang mengalami kelelahan mental sehingga boleh menyebabkan kegelisahan dan ketidakpuasan hati, akal dan fikiran.

Aku tengah bosan sebenarnya ni. Dan untuk aku nak berkongsi sebuah peristiwa yang berlaku dalam hidup aku yang melibatkan perkataan BOSAN.

Lebih kurang 2 tahun yang lalu, sewaktu aku masih lagi bergelar seorang siswazah. Aku sedang melepak bersama house mate di ruang tamu rumah sewa kami. Tiba - tiba kedengaran suara Ali, "LOSER dowh kau ni".

Apa la yang LOSER. Kemudian Ali keluar dari bilik.
"Korang rasa ok ke untuk sorang lelaki post 'BOSAN' kat wall fb diorang?", soal Ali pada aku dan kawan.

"Biar la diorang, janji tak kacau aku", aku balas.

"Aku rasa lelaki yang post perkataan tu lelaki yang LOSER. Bukan la aku sakit ke apa ke dengan post diorang tu. Tapi post diorang buat kaum lelaki ni nampak lemah dowh. Kalau dah tau bosan, pergi la buat apa - apa yang tak membosankan. Jogging ke, karok ke, main game ke, dating ke. Buat la apa - apa. Sebab kalau diorang post kat fb pon bukan boleh buat apa. Diorang tetap akan bosan. Better to do than to say.", penjelasan panjang lebar Ali yang aku ingat - ingat lupa.

So, moral of the story is IF YOU'RE BORED, YOU BETTER TO DO SOMETHING THAN JUST POST IT ON YOUR FB WALL. 

Aku akui memang tak salah nak post pejadah pon kat wall fb korang. By the way, it is your fb wall. Tapi pada aku, walau apa yang korang post pun, kalau korang tak bertindak, korang tetap akan berada dalam KEBOSANAN.

Macam aku, YA aku sedang bosan. Dan aku bertindak dengan menaip secebis memori dalam ingatan aku untuk dikongsikan bersama korang. Renung - renungkan.

Jangan mara a.




Wednesday, 2 January 2013

Bahasa menunjukkan Bangsa.

No comments:
Assalammualikum w.b.t..

Perkongsian tentang bahasa dan terutama sekali adalah bahasa ibunda kita iaitu BAHASA MELAYU.

Masa waktu rehat tengahari tadi, aku, Ila dan Ida pergi makan tengahari di sebuah restoran di KL. Sesampai kitorang kat situ, banyak ibu bapa dan anak - anak makan bersama. Comel - comel budak - budak ni. Dan NAKAL.!! BUAS!!

Pastu entah macam mana boleh terdetik hati Ida na cerita pasal gelagat budak - budak remaja zaman sekarang. Walaupun dia remaja dan sama juga aku dan Ila.

"Mak aku cerita, budak - budak zaman sekarang, bahasa teruk. Mak aku cakap kalau budak - budak sekolah yang guna telefon bimbit, ujian Bahasa Melayu - karangan/penulisan - FAIL!!", kata Ida dalam bahasa pasar kemudian di terjemah dalam bahasa baku oleh AKU. "Kalau tulis 'yang' jadi 'yg' je. Macam - macam lagi la", tambah Ida.
"Yela, adik aku yang tingkatan 2 kalau dia mesej aku, sepatah haram aku tak faham", celah Ila.

Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita siapa lagi. Mengikut firasat aku, kebanyakkan blogger adalah dalam lingkungan usia 15 - 25 tahun. Jadi, kebanyakkan antara korang berpangkat adik - adik.

Jadi adik - adik, apa kata korang gunakan medium ni untuk meningkatkan keupayaan bahasa korang, terutama bahasa melayu. Kurangkan perkataan - perkataan 'short form'.

Cintai bahasa, cintai bangsa, cintai agama, cintai negara.

Pesanan khidmat masyarakat dari Admin kacak.