Saturday, 30 March 2013

Curang.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam 1 Malaysia.

Kawan aku, Yana, kol aku kemudian dia cerita masalah dia dengan teman lelakinya yang juga merupakan teman sebilik aku.

Yana : Assalammualikum Lan. Kau tengah buat apa? Sham ada tak?
Aku : Waalaikumsalam. Tak ada buat apa. Apasal tanya aku pula. Dia kan bf kau.
Yana : Lan, aku rasa Sham curang dengan aku la.
Aku : Kau jangan rasa - rasa je. Macam mana kalau kau tersalah rasa. Melepas.
Yana : Entah la Lan. Sejak kebelakangan ni, dia macam menjauhkan diri dari aku je.
Aku : Dia nak privasi kot.
Yana : Takkan la nak privasi sampai nak jumpa seminggu sekali pon tak boleh.
Aku : Dia busy kot. Kau tau kan dia kerja macam mana. Kalau dah sibuk tak ingat dunia.
Yana : Aku pon busy. Aku tau la sekarang tengah peak period. Tapi at least angkat la kol aku, balas la mesej aku.
Aku : Aku tengok dia ok je. Tak nampak tanda - tanda curang dengan kau pon.
Yana : Dia kan pendiam. Memang apa dia buat pon kau tak tahu.
Aku : Ye tak ye juga. Tapi pada pendapat aku la. Kalau kau rasa dia curang, baik kau tanya dia betul - betul. Kau suruh dia terus terang.
Yana : Macam la dia nak mengaku.
Aku : Memang la. Sekurang - kurangnya dari suara, dari riak muka, kau boleh tahu perkara yang sebenar.
Lelaki ni susah sikit nak sembunyikan kecurangan diorang. Kau rasa kau punya "rasa - rasa dia curang" tu dah berapa percent?
Yana : 90%.
Aku : Kau sure ke?
Yana : Entah la.
Aku : Tak apa la Yana. Kau rilek je dulu. Biar aku slowtalk dengan Sham. Mana tahu dia bagitahu apa - apa. Apa - apa hal aku roger kau.
Yana : Ok.

Lepas je Yana letak telefon. Aku terus memulakan siasatan. Sebab Sham tak ada kat bilik, aku pon dengan sesuka hati mencari bahan bukti.

JENG3x!!!!

Sham tertinggal telefon 3310 dia.

"1 new message from Nadia"

Aku buka mesej tu.

"Awk. sye dah smpai rmah. thanks belanje tgk wayang td. nt blanje lg tau. hehe. luv u. mmuuuuaaaarrrggggghhhhhh.."

OMG!!

Apa aku patut buat?


Wednesday, 27 March 2013

Main - main Cinta.

No comments:
Assalammualaikum w.b.t..

Salam 1 Malaysia.

Hari ini aku nak kongsikan sedikit coretan hidup aku yang berlaku hari ini.

MAIN - MAIN CINTA.

OK. Kes nya macam ni, aku ada seorang kenalan wanita di pejabat. Namanya Athirah. Aku dan dia dah lama kenal, sejak semester pertama di universiti dulu. Tapi pada waktu itu, kami tak lah rapat sangat. Cuma kenal nama sahaja dan tak lah kenal secara mendalam. Tapi pada masa itu, aku dah pun minat pada si Athirah ni. Cuma pada waktu itu, Athirah ni nampak pendiam, jadi aku pun tak tahu nak guna pendekatan macam mana untuk rapat dengan dia. Jadi kisah kami di universiti berakhir di situ.

Pejam celik, pejam celik.

Dah masuk zaman bekerjaya. Kerja aku yang pertama di sebuah syarikat di Brickfeilds, Kuala Lumpur. Nak dijadikan cerita, si Athirah ni pun dapat tawaran bekerja di situ. Pada saat itu la aku mula rapat dengan si Athirah ni. Rupa-rupanya dia tak pendiam, dia macam aku, tak boleh mulakan perbualan. Tapi kalau dah mula tak boleh nak berhenti la. Ada tugasan dari bos di pejabat itu yang buat kami betul-betul rapat. INI SERIUS RAPAT MACAM ADIK BERADIK. Kami kena ke luar kawasan. Kami perlu ke Tioman untuk uruskan jual beli tanah kerajaan di sana. Kami memang sangat rapat sebab hanya kami berdua yang dihantar ke Tioman. Kami jadi saling bergantung bila kami tak ada sesiapa di sana. Si Athirah ni siap bagi aku cakap dengan mak dan ayah di dalam telefon untuk tunjukkan ynag dia selamat. Lagi la aku rasa semacam. Tapi aku anggap dia macam adik aku. Tak lebih dan tak kurang.

Tup tap tup tap.

Lebih dua bulan di pejabat itu, aku dan Athirah dapat tawaran bekerja di sebuah firma lain. Nak cakap pasal gaji, tak ada la beza sangat. Cuma ada motif tersendiri bila kami pilih keputusan untuk letak jawatan. Aku tak tahan kena maki dengan bos dan Athirah tak tahan di goda bos gatal. Dan lagi 1 penyebab adalah aku rasa bertanggung jawab pada mak dan ayah Athirah sebab mereka pernah minta kau jaga dan tengokkan Athirah. Ye la, si Athirah ni anak bongsu. Abang dan kakak sibuk bekerja. Jadi dia terkontang-kanting di kotaraya KL sendiri.

Di pejabat baru.

Episod yang sama. Kami saling bergantung bila di pejabat baru sebab kami tiada kenalan. Hari berganti minggu. Aku langsung tak dapat berjumpa dengan Athirah sebab aku ditugaskan ke luar kawasan. Sekarang, setelah hampir lapan bulan, aku dapat bertemu dengan Athirah. Korang tahu apa aku rasa??
Aku terasa nak menangis bila tengok muka Athirah. (Tapi aku cover la, malu kot lelaki menangis depan perempuan) Aku tak tahu apa perasaan tu. Rindu? Mungkin.

LAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN......!!!!!!

Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut Athirah bila jumpa aku. Rasa nak menjerit nama dia juga, tapi aku cover. Haha. Tak tahu kenapa nak cover walaupun aku anggap dia sebagai adik.

Kemudian aku duduk di sebelah Athirah.
Dan aku bertanya,"Serius lama tak jumpa ko."
Athirah diam. Nampak macam sibuk.
Aku bertanya lagi,"Ko buat assignment apa sekarang?"
Kemudian.
Athirah merenung aku tajam. "Ko tahu tak aku rindu kat ko?"
Air mata Athirah bergenang.
Aku tergamam. Kemudian aku gelak.
Athirah kemudian tergesa menuju ke tandas.

Itu waktu klimaks di pejabat pagi tadi. Semua mata memandang aku dan Athirah.

Dan aku tak tahu macam mana nak berurusan dengan hal ini pada masa depan.

Adakah ini cinta?